Tuesday, August 2, 2011


Firmah Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

 Nabi Muhammad s.a.w. telah bersbda yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat."Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Hikmah di sebalik puasa:
  • Puasa telah mengajar kita erti sabar dan iklas di mana di saat itu semua dari kalangan kita yang beragama islam,akil baligh,waras dan tiada sebab musababnya yang menghalangnya dari berpuasa adalah diwajibkan ke atasnya untuk menunaikan puasa..
  • Puasa juga mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
  • Puasa juga melatih dan mendidik jiwa kita supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka.
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi.
  • Sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga.
  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."


"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu."( Riwayat al-Bukhari dan Muslim ) 


Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan keranaAku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)


Moga kita memanfaatkan di bulan ramadhan ini dengan memperbanyakkan amalan dan beribadah kepadaNya...Dalam kita beribadah ni,jauhi diri kita dari sifat riak dan takabbur..Iklaskan lah diri dalam berbuat sesuatu.M0ga segala amalan yang kita laksanakan di terima olehNya..Salam Ramadhan al-mubarak..

No comments:

Post a Comment

get this widget here