Friday, March 25, 2011

BATUK Owwwhhh BATUKKKK!!!!


Assalamualaikum & selamat pagiii!!!Selamat hari Sabtu!!!


Sekarang nie cuaca tak menentu betul..Sejak panas..Pas tue hujan...Pas tue panas balik   dan malam hujan pula..Pendek kata memang cuaca tak menentu laa kan..Tapi kita sebagai hamba Allah di muka bumi nie mana b0le nak merunguk..Malah kita perlu bersyukur kerna masih hidup di bumi Tuhan nie & dikurniakan berlimpah rahmat dariNya..Dari hujan laa tumbuh-tumbuhan dapat hidup subur dan panas matahari dapat laa tumbuh-tumbuhan membesar seperti biasa..Dan dari itu juga laa hasil yang dapat kita per0lehi..Begitulah kehidupan kan..
Tapi dalam hujan panas nie,bermacam pulak laa penyakit yang datang menjelma..Dan penyakit yang kita tak kan lari kal0 dah musim macam nie mestilah demam selsema & batuk kan..

Tapi kal0 jenis macam aku nie kan,aku tak suka sangat makan ubat-ubatan untuk sembuhkan selsema & batok nie..Ewww..Aku tak suka makan ubat melainkan kal0 benda tue daa betul2 terdesak..S0,time tue laa baru nak terhegeh2 nak cari ubat..


So,apa kata kita baca sedikit tentang keburukan memakan ubat batuk....


Ubat Batuk yang mengandungi Narkotik (Kodien)
Ubat batuk jenis narkotik merupakan ubat yang bertindak keatas pusat batuk di otak supaya batuk dapat diredakan secara langsung dan kekerapannya dikurangkan, salah satu jenis ubat batuk dalam kategori ini ialah kodien yang dikelaskan sebagai sejenis dadah berbahaya.
Selain menyebabkan ketagihan ubat jenis ini jika diambil berlebihan akan menyebabkan mangsa kelihatan letih dengan tanda anak mata mengecil, otot anggota lembik serta tekanan darah dan kadar nadi menurun . Sekiranya kuantiti ubat diambil tinggi, pernafasan menjadi perlahan sehingga terhenti lantas menyebabkan kematian . Penawar adalah nalokson untuk menghalang kesan keracunan. Penawar ini juga boleh digunakan untuk lain-lain ubat yang sejenis kodein seperti opiat dan apioid.

                                    ..............................................................


Nah,da bacakan..Dari situ kita lihat keburukan memakan ubat batuk..Tapi aku tak salahkan juga kepada sesiapa yang nak memakannya..Jangan sampai ketagih sudah..Nanti melarat laak satu badan..


Apa kata aku tunjukkan cara tradisional & cara ni mungkin lebih baik di amalkan  daripada memakan ubat batuk tue..Cara tradisional nie memang selalu di amalkan dalam family aku..Coz ayah aku memang tak suka belikan aku adik beradik ubat batuk...So,cara nie lebih selamat dan terjamin..

Bahan-bahan yang diperlukan adalah sangat mudah dan senang didapati..Hanya memerlukan bahan-bahan seperti:

limau nipis

madu lebah


Cara-cara untuk membuatnya..
1) Perahkan sebiji limau nipis ke dalam gelas..Kalau nak perah lebih pun tak pa..
2)Campurkan dengan satu sudu madu lebah..Kal0 nak lebih mujarab gunakan madu lebah yang original yaa..Kal0 guna madu lebah yang da campur aduk dengan bahan lain,mungkin hasilnya adalah kureng skit..hehehe
3)Lepas tue,juz kacaukan kedua bahan tersebut sehingga sebati..hehe
4)Sebelum nak minum tue,k0rang bacalah basmallah & selawat 3 kali..

Untuk dapatkan hasilnya dengan lebih mujarab,k0rang kenalah berpuasa dari minum @ makan apa2 selama 30 minit selepas minum campuran limau & madu tue yaa..hehehe...Tak diwajibkan pun apatah lagi berd0sa,tapi untuk merasai hasilnya dengan lebih mujarab lakukan lah..

0k,selamat mencuba..Try laa buat..Sekiranya tak berhasil try laa buat dalam 2 hari..InsyaAllah kita hanya ikhtiar tapi bab sembuh atau tak sembuh tue Tuhan yang menentukannya....

No comments:

Post a Comment

get this widget here