Monday, February 21, 2011

resepi turun temurun...hrrmmm nyummy2!!!

Rasanya da agak lama & terlalu lama sangat aku d0k mengidamkan nak makan ayam masak kurma nie..Ieayaa terlalu lama sangat..Tapi bukan membawa maksud yang aku mengidamkan nak makan ayam masak kurma nie atas pembawaan budak yaa..Jauh tersasar sama sekali...Kahwin pun bel0m meh..kuikui..
Tapi tekak aku nie kuat member0ntak nak makan sangat ayam masak kurma nie..So,aku pun search laa my pakcik g00gle pasal menu untuk masak masakan nie..

Search punya search akhirnya dapatla juga menu untuk masak ayam masak kurma nie..Bahan-bahan yang di perlukan & cara-cara untuk memasaknya adalah seperti di bawah..Jeng jeng..Time untuk mencuba!!


BAHAN-BAHAN :
4 ketul ayam 
rempah tumis (kayu manis,bunga lawang & buah pelaga)
jintan manis & jintan putih

Bahan yang di kisar
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia

3 sudu rempah kurma
2 biji ubi kentang di belah 4
air secukupnya
minyak masak 
garam & gula secukup rasa

CARA-CARANYA :

1) Panaskan minyak masak dan tumis rempah tumis,jintan manis dan jintan putih dahulu dan masukkan pula bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau dan garing
2) Selepas 5-8 minit masukkan rempah kurma dan tumis sehingga kering dan masukkan air sedikit demi sedikit.
3) Masukkan ayam dan ubi kentang.Kacau sebentar selama 5 minit
4) Tambah air ikut kesukaan dan masak sehingga ayam dan ubi kentang sehingga empuk
5) Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5) Tunggu sehingga kesemuanya siap di masak dan b0lehlah dihidangkan.

p/s- Menu nie b0lehlah di makan seramai 2 orang..Untuk tambahan orang,silalah gunakan bahan yang sama cuma perlu menambahkan jumlah & kuatiti bahan tersebut..Selamat mencuba!!!



Hasil dari air tangan aku sendiri...Taraaa!!! ^.^
hrrmmm..Nyummy-nyummy ~___^


Sapa yang tengah meleleh teng0k menu nie,sila lah r0gger2 ngan saya sekarang yaa sebelum menu nie dihabiskan oleh saya..ehehe..


SELAMAT MENJAMU SELERA SEMUA!! ^__^

No comments:

Post a Comment

get this widget here